Sunday, 12 January 2014

apa beza nya ?

DULU..
aku tak pernah fikir nak berubah.
tak pernah fikir nak pakai tudung.
kalau ada pun , kadang kadang.
kalau pakai pun sebab dipaksa.
tapi aku solat.
walaupun lubang lubang.
aku buat sunat taubat.
walau aku lupa macam mana cara.
dalam hati aku tetap ada Allah yang Esa.
walaupun aku tak tutup aurat.
tapi aku takpernah warna rambut.
sebab aku nak solat.
sebab aku takut taksempat hitam balik rambut tu.
sebab aku takut Allah.
DULU..
aku nakal.
tapi,
aku tau jaga batas aku.
aku tau jaga diri aku.
aku tau jaga maruah.
aku duduk paling atas.
walaupun sendiri.
SEKARANG..
aku rasa nak berubah.
jadi muslimah.
jadi khalifah Allah.
Alhamdulillah.
aku tekad untuk belajar pakai tudung.
seronok rasa pakai tudung.
tak macam dulu.
rasa dipaksa.
sebab kini aku rela.
tapi..
aku kian jauh.
kian taknampak Allah.
angkuh, berlagak.
lupa pada Allah.
aku lupa solat.
bukan lubang lubang lagi.
tapi lupa terus.
aku jadi leka.
leka dengan kehidupan.
aku ingat Allah bila aku susah.
bila aku takut.
baru nak meratap cari Allah.
SEKARANG.
aku lupa jaga diri.
aku lupa jaga batas.
aku lupa jaga aurat.
aku lupa jaga maruah.
walau aku ditemani kini.
aku telah jatuh di kaki.
apa bezanya DULU aku dan SEKARANG aku?

Monday, 2 September 2013

new life, new journey, new friends, new environment ......

assalamualaikum ..woahhh.. lamanya tak menyinggah di laman rumah aku ni. daun daun kering penuh bersepah.tapi aku dah kemas dah laman ni.dah beli penyapu baru,dah hias laman,dah letak lampu cecantik.macam tu jugak la hidup aku.hidup yang baru, perjalanan yang baru, kawan kawan baru,persekitaran baru juga.takda lagi melaka.takda lagi zaim.takda lagi kehancuran hati pasal kengkawan.takda lagi haziq.takda juga perjanjian yang kau akan sehidup semati bersama sahabat.takda semua tuh.aku seperti manusia yg dihidupkan kembali.yang diberi nafas baru.yang diberi azam baru.yang perlu menunjukkan siapa aku.24 JUN 2013 aku masuk kolej yang aku memang nak masuk.bidang yang aku nak sangat selama ni .walau aku tahu yang bakat aku hanya seciput je pun.aku dapat tawaran diploma rekabentuk media digital dekat kolej kemahiran tinggi mara rembau.
atau lebih vogue lagi nama kolej tuh madec. haa.. lambang kat atas ni lah.alhamdulillah sambung jugak pembelajaran aku yang terbuntut selama ni. haha..dan alhamdulillah juga aku dapat kawan kawan yang baik. lecturer yang mesra alam gitu.dan aku kurus.wehee.. turun lapan kilo kau duduk dalam hutan macam ni.dan alhamdulillah jugak aku boleh slow slow pakai tudung walaupun bila balik rumah kembali togel jugak kepala ni.tapi aku dah rasa syok pakai tudung.rasa nak ada koleksi tudung macam orang lain jugak.insyaallah satu hari nanti aku berhijrah.aminn.so harini nak share gambar kengkawan aku je lah dan korang boleh la saksikan aku yang bertudung ni. wehee..





wassalamm.. :)

Friday, 22 March 2013

jaga hati .

jadi peristiwa yang terjadi di Melaka membuatkan aku semakin benci dengan hidup aku . untuk kau perempuan, kau pernah fikir tak kenapa aku cerita dekat kau pasal boy kau .bukan sebab untuk burukkan boy kau.aku dah anggap kau macam adik aku even aku tak de adik.aku just tak nak kau tertipu.tertipu dengan kata kata lelaki.aku tak nak kau menangis pasal kata kata lelaki.bukan sebab aku cemburu.aku gembira bila kau jumpa kebahagiaan kau.lepas aku cerita kau dah janji yang kau takkan persoal hal tuh dalam masa terdekat.tapi kau mungkir janji.kenapa?dan kau lelaki.kenapa perlu marah marah aku macam tuh?depan atm dekat koboi macam tuh.walaupun orang hanya beberapa je.tapi cara kau macam aku bunuh semua ahli keluarga kau pehal.padahal kita berkawan lama.kita kongsi semua benda.tapi sekelip mata,kau marah aku dengan benda yang memang kau buat.kenapa kau nak takut kalau kau dah tak buat benda tuh baru baru ni?just admit je la.salah aku ada jugak.aku tak perlu amik tahu hal sapa sapa sepatutnya.korang hal korang,dan aku hal aku. sorry aku terpaksa wujudkan benteng hidup aku dengan kau kembali.anggap la kau baru kenal aku 2hari.dan kau tak pernah kenal life aku.dan aku berjanji yang aku takkan sayang korang berdua.aku juga berjanji yang korang berdua bukan lagi seperti adik beradik aku . jaga diri kawan kawan :')

Thursday, 14 March 2013

HAPPY BIRTHDAY BESTFRIEND :)

ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN SITI NORANIS,
ALLAH SELAMATKAN KAMU .
(tepuk tepuk tangan)

selamat menjangkau masuk ke 21 tahun kamu . semoga kamu lebih tabah dengan kehidupan yang akan datang. ape pun yang terjadi kite tetap akan jadi sahabat kamu selamanya. insyallah .

happy birthday sayang :)

 

Thursday, 7 March 2013

tiada kesyukuran !

kenapa semua yang jadi dekat aku tak pernah adil ? tak perah yang bagus ? kenapa mereka sentiasa berfikir buruk pada aku sedangkan aku tak pernah terfikir untuk itu.aku tak pernah fikir aku nak belajjar dekat tempat yang hebat hebat. aku tak pernnah fikir masa depan aku tak nampak apa kelabu macam ni.kalau aku tahu , aku takkan pernah berjanji pada allah untuk hidup kat atas muka bumi ni untuk jadi khalifah allah .kalau aku tahu aku akan dibenci orang macam ni aku takkan teruskan hidup.puncanya aku tak tahu.aku tak pernah tahu apa bakal jadi kat aku .kenapa semua menentang?kenapa tak pernah faham aku walau sikit pun?aku nak hidup macam orang lain.seronok,senyum dengan sempurna,ada kelebihan,.kalau sakit punada yang ambik tahu.kalau sedih ada yang memujuk.kalau hebat ada yang memuji.kalau salah ada yang perbetulkan.kenapa aku tak pernah ada semua tuh ? tak layakkah aku untuk semua tuh.?

p/s: there is anyone want to rent your shoulder for me for one week :'(

Wednesday, 20 February 2013

hey, mana pergi perasaan aku?

mana mana? ada sesapa nampak perasaan aku ? hilang dah. sama hilang nya macam orang yang dahulunya memang tempat aku meluahkan segala rasa.dua orang tuh hilang serentak dalam hidup aku.macam mula mula aku kenal diorang,macam tuh jugak lah aku hilang diorang.semuanya pergi tinggalkan aku.kalau sorang tuh pergi,aku tahu la sebab nya.sebab aku dah pun putus dengan dia.so,dia kataa buat apa dia nak habiskan masa tunggu aku. aku memang tak kisah kalau dia pergi sebab tak nak tunggu aku.tapi kenapa dia nak hina hina aku,maki aku macam aku takde maruah dekat facebook tuh.semua kawan kawan dia adalah semua kawan kawan aku.surely diorang tahu yang si ex aku ni tengah memaki, dan menghinaaku di facebook tuh. ohh... apa salah aku sampai dia buat macam tuh.kau aibkan aku tahu. aku tak pernah nak "smash" pasal hidup kau dekat mana mana social networking macam kau buat kat aku tuh.aku pernah kenal hidup kau, dan kau juga pernah kenal hidup aku.tapi bila kita dah tak berkongsi hati,perlu ke kau jaja hidup aku yang pernah kau kenal tuh.aku bukan tak boleh buat, tapi bagi aku tak perlu lah aku nak buat usuh dengan kau semata mata nak revenge ke hape kan.itu bukan aku.then,lelaki yang kedua yang dah pergi lenyap ke alam mana entah.dah setahun perkenalan "officially" aku dengan dia.dia bukan la special boyfriend aku atau pun ex boy aku.tapi dia mungkin lebih kepada teman mesra aku.teman yang selalu aku berkongsi rasa pada dia.pernah juga aku telajak mencintai dia.teman yang baru kini aku sedar kegunaan aku pada dia hanyalah bila dia bersedih.bila dia susah.aku akan menjadi manusia paling penting dan bermakna dalam hidup dia.hey, kenapa baru aku sedar yang dia sebenarnya memang dah lama mempermainkan hati dan perasaan aku?kenapa baru sekarang aku nampak semua tuh.mungkin orang kata aku over dengan layanan dia,kata kata dia.tapi aku perempuan.tanyalah mana mana perempuan jika dilayan macam tuh,jika dijaga macam tuh bila kita sakit,bila diberi kata kata pelindung bila kita takut,bila diberi kata kata yang manis bila pahit hidup mula terasa, pasti semua perempuan akan cair.semua perempuan akan jatuh hati dengan keprihatinan dia.kenapa kau buat macam tuh,pada aku?sedangkan aku cuba berfikir sedalam mungkin apakah dosa lama yang pernah aku lakukan pada kau.aku pelik dengan diri sendiri,sebab aku mampu terima dia bila bila masa sahaja walaupun aku pernah dilukai.bukan sekali tapi dah beratus kali.setiap kali aku nak lupakan dia, setiap kali dia datang.setiap kali aku ingat dia,dia mula pergi jauh.aku pasti yang aku takkan rugi kalau tak dapat kau.tapi kau akan menyesal bila kau tak dapat aku. :)

Tuesday, 19 February 2013

berkocak

Hidup tak berkat.jalan hidup dah tak betul.dah tak Nampak jalan kehidupan aku.belok kiri jalan mati.belok kanan jalan mati…jalan terus pun jalan mati.semuanya jalan gelap.tak Nampak apa.takde lagi hidupan ciptaan tuhan.semua hidupan hilang.setiap langkah,setiap tu juga tanah akan menjadi kering.rumput akan mati.haiwan akan sakit dan mati.ahli keluarga tersenyum riang.menyambut setiap ulang tahun,mengingati setiap kejadian yang terjadi antara mereka.bukan apa yang terjadi pada aku.aku seperti pisang busuk yang memenuhi tandan itu.pisang yang berulat.yang jijiik.yang tiada guna.semua dicipta ada sebab katanya.kenapa sebab aku tak pernah yang jernih.takpernah Nampak sebab aku.tak pasti adakah kehidupan aku,kewujudan aku sesuatu yg baik.semua langkah pendek yang aku buat semua mati.mati yang tak berkubur.tiada nisan.setiap hari aku dengar mereka,dia,kau semua orang gelakkan aku.gelakkan hidup bodoh aku.gelakkan diri aku yang takde satu pun guna untuk semua.aku bodoh.aku manusia yang cacat otak.yea..aku mungkin cacat otak.aku tak hebat macam menteri.aku tak sehebat bos besar.sebab aku hanya lah khadam dungu..mungkin sama darjat dengan keldai.aku rimas dengan ketawa mereka setiap hari.aku dengar di setiap sudut.di mana mana mereka ketawakan aku.semua orang ketawakan kebodohan aku.kebodohan aku menjadi bahan kegembiraan mereka.aku tak suka.sebab aku tak gembira macam mereka.aku manusia sesat dalam lorong gelap.semua orang aku rasa jahat.sebab diorang ketawakan aku.ketawakan kebodohan aku.andai bisa aku berjumpa tuhan ,aku nak sangat mintak tuhan suci kan hati aku dari kebodohan aku.aku nak tuhan bersihkan aku macam aku mula-mula lahir dulu.aku nak tuhan simpan dan kembalikan aku ke tempat asal aku agar takde siapa boleh ketawakan aku macam ni lagi.dari dulu lagi aku dah dengar orang ketawakan aku.tapi tuhan baik,dia bagi aku mama.mama sayang aku.mama selalu buat aku rasa selesa dengan gelak tawa orang mengenai kebodohan aku.terima kasih dekat tuhan sebab bagi abah jugak.abah baik.aku tahu abah baik.tapi aku tahu jugak abah malu ada anak macam aku.sebab aku bodoh.aku rasa aku langsung tak berguna sebab aku dah malukan abah dengan kebodohan aku.terima kasih tuhan bagi aku abah dengan mama yang baik yang tak buang aku lagi.macam menteri menteri yang dah buang kan aku.kalau boleh aku nak mintak dekat tuhan aku nak mati dulu,bagi dosa aku tak banyak untuk bebankan mama abah.aku tahu mati tuh sakit.aku takut nak mati.tapi aku tak hebat nak terus dengar orang gelakkan aku dari kecik sampai ke tua.tapi mati tu pasti kan?

Blog Archive