Monday 12 March 2012

BIARKAN

assalamualaikum kawan kawan..
manusia ciptaan ALLAH SWT ni hidup dengan perasaan
pelbagai perasaan , pelbagai warna , cara hidup yang berbeza .
tapi macam mana beza pun cara , warna & perasaan manusia ni dia tetap berasal dari tempat yang sama..
diciptakan oleh SATU pencipta..
kekadang tuh rasa pelik di hati ni bila kita sesama manusia sibuk mengutuk sesama manusia yang lain.
sibuk memburukkan orang lain , walhal kita ,mereka , dia  tetap manusia.
tetap ciptaan yang esa..
aku ada baca belog seorang mamat ni..
dia mempunyai perasaan yang meminati kaum sejenis dia jugak (dalam kata lain gay)
dia selalu tulis pasal penghinaan yang orang lemparkan dekat dia sebab dia gay..
memang jalan hidup dia tuh salah di mata masyarakat mahupun dalam agama kita sendiri ,ISLAM.
tapi kenapa perlu memaki , menghina ,mencaci dia..
kalau dia buat dosa , takkan kita nak buat dosa jugak untuk kata dia macam tuh..
kalau nak banteras sekali pun jangan lah sampai macam tuh
aku kata ni bukan lah nak kata yang aku ni perfect gila..dalam masa yang sama aku mengingatkan diri aku sendiri..at least berikan dia nasihat.bukannya dengan cara yang teruk macam tuh..RASULULLAH SAW dulu pun berdakwah takde pun sampai maki hamun ke apa, beliau menasihati , mengajak dengan cara yang baik..
kadang kadang aku rasa mesti dia rasa sedih kan sebab takde sapa menghargai dia..aku bukanlah menyokong apa yang dia buat tuh, tapi cara ualls cegah benda tuh teruk sangat..


Blog Archive