Friday 7 September 2012

al fatihah..



REMBAU 4 Sept. - "Tiada cintaku selain pada Ilahi. Pagi dan malam. Selamat malam semua. Muah39!"
Itu adalah mesej yang ditulis oleh seorang pemuda, Ahmad Asraf Mohamad Nor, 20, dalam laman sosial Facebook sehari sebelum beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua motosikal di Jalan Batu Hampar-Pulau Mampat, dekat sini malam tadi.
Bukan itu sahaja, dalam status Blackberry Mesengger (BBM) yang ditulis arwah pada 8.15 malam tadi antara lain tertera perkataan "telinga terasa berdesing", membuatkan ahli keluarganya bertambah sayu apabila beliau maut di tempat kejadian, pada pukul 8.30 malam, kira-kira 15 minit selepas status itu ditulis.
Ibunya, Bibah Said, 62, berkata, dia menerima khabar menyedihkan itu pada pukul 8.30 malam tadi selepas rakannya memaklumkan arwah yang merupakan anak bongsu daripada 14 beradik itu terlibat dalam kemalangan.
"Kali terakhir saya bertemu anak bongsu saya itu ialah pada pukul 3 petang semalam sebelum dia keluar bersama rakannya.
"Kawannya beritahu mak cik, mereka terkejut kerana arwah cakap pada mereka, itu adalah malam penghabisan untuk bermain futsal," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, dekat sini hari ini.
Arwah Ahmad Asraf merupakan adik kepada wartawan Kosmo!, Khadijah Mohamad Nor dan adik ipar kepada Penolong Ketua Meja Jenayah Kosmo!, Turdmazi Maadun.
Sementara itu, ahli keluarganya berkata, mereka percaya angka 39 yang ditulis secara spontan oleh arwah itu, rupanya merujuk kepada tarikh kematiannya pada 3 September iaitu semalam.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125z dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pulau Besar dekat sini.
Jelas Mizan, setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha RXZ menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak di jalan raya.
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala penunggang seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS)," katanya.
Jenazah Ahmad Asraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yayasan Sofa di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau petang ini.... BERDERAU DARAH AKU LEPAS BACA ARTIKEL NI.SEBELUM NI AKU ADA BACA DEKAT LAMAN SOSIAL AKU. TAPI AKU HARAP SANGAT SALAH ORANG. LEPAS AKU ADA MASA UNTUK ONLINE TERNYATA CERITA YANG AKU TERIMA MEMANG BENAR. AYAP, KAU KAWAN YANG SELALU BUAT ORANG TERSENYUM DENGAN KAU. MOGA KAU BAHAGIA DISANA. AL-FATIHAH.
 

Blog Archive