Wednesday 20 February 2013

hey, mana pergi perasaan aku?

mana mana? ada sesapa nampak perasaan aku ? hilang dah. sama hilang nya macam orang yang dahulunya memang tempat aku meluahkan segala rasa.dua orang tuh hilang serentak dalam hidup aku.macam mula mula aku kenal diorang,macam tuh jugak lah aku hilang diorang.semuanya pergi tinggalkan aku.kalau sorang tuh pergi,aku tahu la sebab nya.sebab aku dah pun putus dengan dia.so,dia kataa buat apa dia nak habiskan masa tunggu aku. aku memang tak kisah kalau dia pergi sebab tak nak tunggu aku.tapi kenapa dia nak hina hina aku,maki aku macam aku takde maruah dekat facebook tuh.semua kawan kawan dia adalah semua kawan kawan aku.surely diorang tahu yang si ex aku ni tengah memaki, dan menghinaaku di facebook tuh. ohh... apa salah aku sampai dia buat macam tuh.kau aibkan aku tahu. aku tak pernah nak "smash" pasal hidup kau dekat mana mana social networking macam kau buat kat aku tuh.aku pernah kenal hidup kau, dan kau juga pernah kenal hidup aku.tapi bila kita dah tak berkongsi hati,perlu ke kau jaja hidup aku yang pernah kau kenal tuh.aku bukan tak boleh buat, tapi bagi aku tak perlu lah aku nak buat usuh dengan kau semata mata nak revenge ke hape kan.itu bukan aku.then,lelaki yang kedua yang dah pergi lenyap ke alam mana entah.dah setahun perkenalan "officially" aku dengan dia.dia bukan la special boyfriend aku atau pun ex boy aku.tapi dia mungkin lebih kepada teman mesra aku.teman yang selalu aku berkongsi rasa pada dia.pernah juga aku telajak mencintai dia.teman yang baru kini aku sedar kegunaan aku pada dia hanyalah bila dia bersedih.bila dia susah.aku akan menjadi manusia paling penting dan bermakna dalam hidup dia.hey, kenapa baru aku sedar yang dia sebenarnya memang dah lama mempermainkan hati dan perasaan aku?kenapa baru sekarang aku nampak semua tuh.mungkin orang kata aku over dengan layanan dia,kata kata dia.tapi aku perempuan.tanyalah mana mana perempuan jika dilayan macam tuh,jika dijaga macam tuh bila kita sakit,bila diberi kata kata pelindung bila kita takut,bila diberi kata kata yang manis bila pahit hidup mula terasa, pasti semua perempuan akan cair.semua perempuan akan jatuh hati dengan keprihatinan dia.kenapa kau buat macam tuh,pada aku?sedangkan aku cuba berfikir sedalam mungkin apakah dosa lama yang pernah aku lakukan pada kau.aku pelik dengan diri sendiri,sebab aku mampu terima dia bila bila masa sahaja walaupun aku pernah dilukai.bukan sekali tapi dah beratus kali.setiap kali aku nak lupakan dia, setiap kali dia datang.setiap kali aku ingat dia,dia mula pergi jauh.aku pasti yang aku takkan rugi kalau tak dapat kau.tapi kau akan menyesal bila kau tak dapat aku. :)

Tuesday 19 February 2013

berkocak

Hidup tak berkat.jalan hidup dah tak betul.dah tak Nampak jalan kehidupan aku.belok kiri jalan mati.belok kanan jalan mati…jalan terus pun jalan mati.semuanya jalan gelap.tak Nampak apa.takde lagi hidupan ciptaan tuhan.semua hidupan hilang.setiap langkah,setiap tu juga tanah akan menjadi kering.rumput akan mati.haiwan akan sakit dan mati.ahli keluarga tersenyum riang.menyambut setiap ulang tahun,mengingati setiap kejadian yang terjadi antara mereka.bukan apa yang terjadi pada aku.aku seperti pisang busuk yang memenuhi tandan itu.pisang yang berulat.yang jijiik.yang tiada guna.semua dicipta ada sebab katanya.kenapa sebab aku tak pernah yang jernih.takpernah Nampak sebab aku.tak pasti adakah kehidupan aku,kewujudan aku sesuatu yg baik.semua langkah pendek yang aku buat semua mati.mati yang tak berkubur.tiada nisan.setiap hari aku dengar mereka,dia,kau semua orang gelakkan aku.gelakkan hidup bodoh aku.gelakkan diri aku yang takde satu pun guna untuk semua.aku bodoh.aku manusia yang cacat otak.yea..aku mungkin cacat otak.aku tak hebat macam menteri.aku tak sehebat bos besar.sebab aku hanya lah khadam dungu..mungkin sama darjat dengan keldai.aku rimas dengan ketawa mereka setiap hari.aku dengar di setiap sudut.di mana mana mereka ketawakan aku.semua orang ketawakan kebodohan aku.kebodohan aku menjadi bahan kegembiraan mereka.aku tak suka.sebab aku tak gembira macam mereka.aku manusia sesat dalam lorong gelap.semua orang aku rasa jahat.sebab diorang ketawakan aku.ketawakan kebodohan aku.andai bisa aku berjumpa tuhan ,aku nak sangat mintak tuhan suci kan hati aku dari kebodohan aku.aku nak tuhan bersihkan aku macam aku mula-mula lahir dulu.aku nak tuhan simpan dan kembalikan aku ke tempat asal aku agar takde siapa boleh ketawakan aku macam ni lagi.dari dulu lagi aku dah dengar orang ketawakan aku.tapi tuhan baik,dia bagi aku mama.mama sayang aku.mama selalu buat aku rasa selesa dengan gelak tawa orang mengenai kebodohan aku.terima kasih dekat tuhan sebab bagi abah jugak.abah baik.aku tahu abah baik.tapi aku tahu jugak abah malu ada anak macam aku.sebab aku bodoh.aku rasa aku langsung tak berguna sebab aku dah malukan abah dengan kebodohan aku.terima kasih tuhan bagi aku abah dengan mama yang baik yang tak buang aku lagi.macam menteri menteri yang dah buang kan aku.kalau boleh aku nak mintak dekat tuhan aku nak mati dulu,bagi dosa aku tak banyak untuk bebankan mama abah.aku tahu mati tuh sakit.aku takut nak mati.tapi aku tak hebat nak terus dengar orang gelakkan aku dari kecik sampai ke tua.tapi mati tu pasti kan?

Tuesday 12 February 2013

TESTING 1..2..3.. ATTENTION PLEASE :)

assalamualaikum dan selamat tahun baru cina baru baru ni..




kepada yang menyambut SELAMAT HARI RAYA EAH.. angpow kasi hulur kat aku sikit.. HAHA..
so, harini ada tujuannya aku menulis kembali disini..lama jugak tak kemas kini blog ni. dah macam buku bank pulak aku rasa, nak kemas kini bagai. aku ada satu niat untuk bantu kakak aku buat side income untuk dia dan anak dia la..bukan untuk dia je korang pon boleh join kalau korang nak..kita boleh carik side income sama sama kan..so jemput jemput la pergi website kakak aku.http://katarashoponline.blogspot.com . kat sini korang boleh lah tengok barang barang yang dijual tuh dengan syarat syarat dia. korang jugak boleh jadi downline kakak aku, mana lah tahu kalau korang nak berniaga macam dia atau dapat barang tuh dengan harga ahli.semua pon boleh.satu lagi aku ingat nak berkongsi dengan korang pasal event untuk memotivasikan diri. ini ada info lanjut pasal event tuh.

1. Anda perlu MENIMBA ILMU?

2. Anda perlukan MENTOR?

3. Anda perlukan MOTIVASI?

4. Anda perlukan KUASA?

5. Anda perlukan IMPIAN?

6. Anda perlukan MATLAMAT?

7. Anda perlukan DORONGAN?


Jika anda perlukan 7 mahupun lebih dari di atas, WAJIB hadirkan diri ke SEMINAR yang akan diadakan pada:

Tarikh : 23 FEB 2013

Tempat : HQ FM Cosmetics Malaysia Megan Avenue 1

Waktu : 2.00pm - 6.00pm

Hubungi saya di talian 012-9752579 untuk tempahan tiket. Untuk makluman tiket berharga RM12.00 bagi menampung kos tenaga pengajar.
terima kasih sebab luangkan masa untuk menjenguk jenguk blog aku yah..jumpa disana :)

Blog Archive