Monday 14 May 2012

tak pernah habis

assalamualaikum..
makin membesar aku, makin bertimbun benda yang aku kena hadapi sendiri.
dah takde yang support aku.
semua ada hal masing masing.
aku dah dilupakan.
takde yang mengingati aku.
kisah sedih dalam hidup aku ni tak pernah habis.
bermula,bermula, dan bermula.
takde penghujung.
tak jumpa jalan keluar.
tiada yang memahami aku.
ini kah tujuan asal aku diciptakan
nampak kan aku tak reti bersyukur kat situ.
allah dah cipta aku pun aku masih tanya benda yang mengarut ni.
kadang kadang aku rasa fungsi aku dengan laci sama je.
simpan semua fail yang ada maklumat dengan selamat.
aku diberi pelbagai input untuk disimpan dalam kepala otak aku ni.
tapi takde sebarang cara pun untuk keluarkan atau luahkan apa yang aku simpan selama ni.
aku tak nak dah simpan sorang sorang.
aku sakit pun aku tak bagi tau orang
sapa lagi yang aku boleh kongsi?
aku tak boleh cerita dekat mama lagi.
sebab mama tak sihat,.mama tak boleh fikir banyak,aku taknak mama sakit macam abah sekarang.
aku tak boleh nak cakap dekat mama yang aku tak nak belajar dekat situ lagi.
aku takboleh tanya mama kenapa aku tak pandai macam orang lain.
aku tak boleh bising dekat mama lagi sebab aku taktahu nak belajar kira kira tuh.
aku nak nangis dekat sapa lagi lepas nih.
aku tak boleh ngadu dekat mama kalau aku kena buli dekat adik beradik lagi.
aku takboleh buat semua tuh lagi dekat mama.
aku tak boleh buat mama susah hati.
aku kena simpan sorang sorang benda ni sampai aku mati.
aku tak nak jadi orang yang tak berguna dekat sapa sapa.
aku dah cuba tapi tak pernah berjaya.
aku tak pernah berjaya dengan apa yang aku rancang.
aku menyusahkan!

Tuesday 8 May 2012

rapuh

kali ni aku ambil satu lagi langkah yang tersangat rapuh
iaitu terus kan pendiplomaan aku dekat kolej aku tuh.
taktahu kali ni mampu ke tak untuk bangkit dengan berbekalkan semangat yang ada ni
aku kena buang main main aku tuh
tapi teguh ke aku untuk buat macam tuh
aku takut untuk cubaan terakhir ni.
takut tersungkur lagi.
jatuh tergolek golek lagi.
macam mana?
aku nak kena jumpa lecturer lecturer tuh balik untuk pohon maaf.
dengan cara yg macam mana pun tak tahu
mungkin menebalkan muka.
tu la, abah dah kata dari dulu ilmu yg datang dari guru tu sangat bermakna.
jangan melawan dia.
tengok, tuhan nak tunjuk kejap je. serve you right zueayumi!

Sunday 6 May 2012

kenapa kita tak sama?

assalamualaikum .. salam sejahtera..
dari kecik aku dah merasakan aura ini. aura yang bertentangan. yang begitu menolak.
disebabkan umur aku dengan kau je yang dianggap paling dekat.beza kita 4 tahun. boleh la dari "menteri-menteri" yang lain.
tapi, kita jauh berbeza. kau tak pernah minat untuk bermain dengan aku. kau juga tak pernah suka dengan aku.
aku bukan tuduh. tapi kenyataan. kau yang kata macam tuh dekat aku kan. aku ingat sampai sekarang.
yea, benda yang dah dilafazkan di bibir kau tuh membuatkan aku jatuh dan terjatuh sampai sekarang.
tak salahkan kau pun.
sebenarnya kalau kau nak tahu aku dah lantik kau jadi idola aku tahu.
aku nak sangat jadi macam kau. 
lagipun kau sangat bertuah. bos besar baik dengan kau.
aku ingat lagi bilamana kau punya result upsr ok. bb bawak kau jalan kan. then bb kata kat aku kalau aku punya upsr dapat 3A dia bawak aku pulak jalan. tapi takde. dia lupa mungkin.
aku hampa. sedih.yelah masa tuh baru nak kenal erti membesar,tak pernah fikir masalah orang lain. fikir kemahuan sendiri je.
kita bersekolah di sekolah menengah yang sama. masa tuh aku tingkatan 1 kau pulak dah jadi senior besar kat sekolah tu.biasa la, aku pilih rumah sukan sama macam kau, kelab pun aku masuk kelab yang kau join.tapi aku tak tahu kau naib pengerusi kelab tuh. bila kau dapat tahu yang aku join kelab tuh, kau suruh aku tukar kelab.
nak tak nak aku tukar la
kau sentiasa dingin dengan aku.
mungkin sebab aku manja sangat dengan mama.
entah, aku tak tahu.
tapi, aku memang nak sangat jadi macam kau.
tapi, tak boleh.
sebab aku tak pandai macam kau.
aku budak yang menyusahkan kau.
aku mengada ngada.
aku sangat lembap,bodoh,nerd.
tak macam kau, hebat.
bijak.
pandai berdikari.
kau boleh selesaikan apa je masalah.
bukan macam aku, yang tahu merengek dekat mama.
hidup kau banyak duri, tapi kau boleh hadapi.
hidup aku lembut, selesa itu sebab bila jumpa duri seulas pun aku dah merintih menangis.
kau tabah.aku? tak.
aku cemburu kau dapat biasiswa, .
sebabkan kau la, aku tak dapat biasiswa.
semua orang suka kau, selesa dengan kau.
aku?aku takde kawan.
takde sapa nak kawan dengan aku dengan ikhlas.aku selalu kena tikam belakang dengan kawan kawan.
kau mudah dapat kawan yang sejati.
kau cantik.aku akui.
aku?budak gemuk yang jongang dan berhidung kembang.
tapi aku bersyukur sebab tuhan bagi jugak aku badan walaupun gemuk.aku ada jugak gigi walaupun jongang.ada jugak hidung walaupun kembang kan.haha
sampai lah ketika ini, aku hanyalah pilihan terakhir kepada sesiapa.
dan kau sentiasa menjadi yang terunggul.
hebatkan kau.
kenapa ye kita tak sama?
kita kan dari rahim yang sama.
kenapa kita memang berbeza?
kenapa kau lagi hebat?
kenapa kau bijak?
aku?
.......nothing.....

Thursday 3 May 2012

dugaan

assalamualaikum..
besar betul dugaan yang aku dapat untuk dua bulan ni.
-abah sakit
-kakak aku yang sulung pulak sakit
-mama tiba tiba jatuh sakit
-pointer aku jatuh teruk
-kakak aku yang no.2 pun dah mula tak sihat
-semua "perdana menteri" dah bergaduh.masing masing salah faham akibat hasutan syaitan nirrajim.
aku ni yang terkontang kanting
takde arah tujuan
semua menarik aku dengan pelbagai cerita.
aku taknak semua ni. aku dah bosan tahu.
aku taknak hidup dalam keadaan macam ni.
kawan kawan?
haziq?
haziq pun mungkin taknak kawan aku dah.mungkin sebab bosan dengan aku.dengan cerita sedih aku.
maaf haziq.saya tak boleh jadi kawan yang terbaik untuk awak.maaf jugak sebab awak terpaksa dengar cerita sedih saya sepanjang persahabatan kita.sebab cerita tu je yang saya ada.saya dibesarkan dengan cerita macam tuh je.hidup saya sedih.
ecot?
ecot jauh.aku beruntung sebab ada jugak orang nak sayang aku macam adik dia.tapi ecot jauh,macam mana nak mengadu.
aku terpaksa simpan semua benda sedih ni dalam kepala aku yang kecik ni.
aku takboleh cerita dekat mama.
aku takboleh bagitahu abah aku sedih.
nanti diorang banya fikir lagi diorang sakit.
aku taknak kongsi dengan "menteri menteri" tuh.sebab diorang tak pernah nak dengar.
kawan kawan aku ?
berapa ramai yang akan bagi nasihat tak hipokrit.
susah..
bukan aku tak hargai kawan kawan yang lain, tapi cerita pasal perasaan ni,pasal jiwa ni susah untuk orang nak faham.
ALLAH bagi dugaan yang besar macam ni dekat aku.
aku nak bagi tahu DIA, aku tak larat nak tempuh lagi dugaan ni.
aku taknak duduk sini lagi, aku nak balik rumah aku.
aku nak jumpa DIA.
DIA je yang aku ada sekarang.
aku nak kena fikir banyak benda sekarang.
aku nak fikir pasal belajar lagi.
sebab aku tahu kalau aku teruskan , aku tak mampu.
macam mana ni?
aku tak tenang duduk sini.
aku nak balik .
nak patah balik, nak mulakan balik .
sebab hidup aku sepatut nya diisikan dengan 5 tuh.
bukan keseronokan duniawi.
haziq...ecot...
korang dekat mana?
taknak tolong aku ke?
kali ni aku betul betul perlukan korang.
korang taknak kawan aku dah ke?
tolong la jadi kawan aku, kalau boleh merayu aku merayu.
:'(

Blog Archive