Thursday 26 April 2012

teman

assalamualaikum..
hey..kenapa aku rasa kita dah tak macam dulu?
kenapa aku rasa kita dah tak macam dulu?
kau dah taknak kawan dengan aku ke?
sebab aku pernah ada perasaan dekat kau, kau tak nak kawan dengan aku ker?
janganlah macam tuh..memang salah aku sebab tersalah faham dengan kau.
aku akui silap aku tuh.tapi takkan pasal tuh kau dah tak nak kawan dengan aku?
taktahu la kalau kau sibuk bekerja.
tapi,aku nak kau tahu aku takde perasaan mengarut tuh lagi dah dekat kau.
aku sayang kau , atas dasar kau teman aku.
tak lebih,kau jangan risau semua tuh..
aku dah okay..aku lagi sedih kalau kau jauhkan diri tiba tiba dengan aku sebab aku pernah tersilap rasa dekat kau.
kau tahukan.aku ada kau je.aku pernah cakap yang kau je yang aku ada.takkan kau pun nak tinggalkan aku macam orang orang lain..
aku bukanlah suruh kau hadap aku 24 jam. tapi kita macam dulu pun takpe..aku tahu kau sibuk,tapi aku mintak jangan lah tinggalkan aku ni..
aku ni kawan pun 5 6 kerat jer..kau pergi,aku ada sapa jer?
takde..tapi tu lah,aku nak cakap jangan risau pasal perasaan aku kat kau, sebab yang rasa karut2 tuh takde dah..kau tetap teman aku sampai hujung nyawa aku .
kita belum tukar hati lagi kan,kau pun tak buang hati aku lagi kan.
jadi aku akan simpan hati tuh,hati teman aku.
andai kata kau dah betul betul rimas dengan aku, kau bagitahu la.
kalau tak bagitahu aku tak tahu.
boleh kan?
yang penting aku nak tahu , kau masih anggap aku kawan kau kan ? macam yang dulu kau kata kat aku kan?

Tuesday 24 April 2012

rasa

assalamualaikum..
apa ni? tak sembuh lagi?
"hey perempuan bodoh, apa yang kau rasa lagi?"
"apa yang kau tangisi lagi"
"cukup cukuplah kau mensorongkan pipi kau tuh dekat dia."
okey..cukup hati..cukup untuk kata macam macam dekat aku lagi.
aku tak boleh sedih.
aku tak boleh rasa teruk.
aku kena kuat.
aku kena senyum.
kenapa aku rasa sakit sampai tak mampu berdiri?
rasa sakit nih sampai tak boleh berkata kata?
rasa tak boleh buat apa apa..
rasa aku ni memalukan diri  sendiri tahu..
"hey perempuan, pergi bawak diri kau jauh2.."
"jangan dekati dia lagi"
"kau bawa malang tahu."
ya tuhan..aku tak nak rasa ini semua lagi..cukup untuk ini..aku tidak mampu lagi..sesungguhnya aku sangat lemah. :'( 

Wednesday 18 April 2012

5 perĸαrα тeɴтαɴɢ pereмpυαɴ yαɴɢ lelαĸι ѕerιɴɢ ѕαlαн αɴɢɢαp



1) Perempuan kadang2 tak pandai nak tunjukkan yang diorang ni ambil berat dengan cara yang betul. Apa yang diorang tau buat adalah membebel! Ahaha. Orang lelaki mesti pening bila kekasih diorang membebel. Contohnya suruh makan ubat la bila demam, suruh itu la, ini la. Tapi sebenarnya perempuan tu tengah ambil berat giler2 kat korang wahai lelaki.

2) Ada suatu ketika bila seseorang perempuan tu manja gila2 dengan kekasihnya. Dengan mengada2 nya, merengek2 nak bermanja. Lelaki mesti rimas kan? Mesti lelaki akan anggap kekasih diorang tu bersikap lemaklah , gediklahh. Tapi sebenarnya, di saat itu lah, kekasih korang tu paling rindu kat korang. Sakit tau tanggung rindu ni. Lain kali kalau gf korang nak bermanja tu layankan je. Pastu ok lah dia. Heee.

3) Bila perempuan period! Ramai lelaki menyangka perempuan period ni macam singa. Memang betul pun! Ahaha. Lepas tu korang bertindak menjauhkan diri sikit daripada gf korang tu untuk mengelakkan sebarang pergaduhan. Itu yang sebenarnya korang silap. Hihi. Bila gf korang period, memang lah emosi dia tak stabil. Kadang2 nak nangis la, nak marah la, tapi korang lah yang patut bertindak menenangkan dia. Bukannya malah menjauhkan diri. Kesian awek korang. Huhu. Cuba bayangkan, dah lah emosi dia tak stabil, bf pulak macam nak elak je. Lagi lah I jadi gila! (bak lagu Zee Avi)

4) Bila dia kuat cemburu, itu bukan kerana dia nak mengongkong korang wahai lelaki, tapi dia takut dia tak dapat lepaskan korang kalau-kalau nanti korang dah jumpa seseorang yang lebih baik dari dia. Gf korang takut tak dapat lepaskan korang walaupun apa yang dia mahukan hanyalah kebahagiaan korang. Itu maknanya dia takut kehilangan korang.

5) Ini yang terakhir. Bila seseorang perempuan itu mula senyap. Itu tandanya dia dah give up dengan korang. Kalau selama ni dia asyik marah kalau korang flirt2 dengan perempuan lain, tapi sekarang dia senyap je, dia diamkan je segala apa yang korang buat, itu tandanya dia dah tawar hati. Jadi bersyukurlah kalau gf korang masih membebel kat korang, masih mengada2 dengan korang dan marah2 kan korang bila korang tengok tak kelip2 perempuan seksi. Sebab itu tandanya hatinya masih kukuh kat korang. Tingginya ego seorang lelaki takkan dapat menandingi tawarnya hati seorang perempuan.

Tuesday 17 April 2012

sedih

assalamualaikum..
bulan ni mungkin bulan sedih aku..
bermacam macam kejadian yang telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT kepada aku..
12/4/2012 abah yang disayangi masuk hospital akibat tekanan darah yang terlalu tinggi serta penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang..aku risau tengok keadaan abah.memang aku punya muka masa tuh sangat cool.tapi dalam jiwa nurani aku ni hanya tuhan je yang tahu apa yang aku rasa masa tuh..abah langsung tak boleh berdiri dengan sendirinya,perlu dipapah.abah nak angkat tangan pun tak larat..menangis tak cukup airmata aku tengok.tapi sebab ego,air mata yang dikata kan itu langsung tak singgah kat pipi masa aku dekat hospital tuh.lepas jer siblings aku tahu pasal kemasukan abah di hospital diorang pon bekejar2 la pulang ke rembau.semua adik beradik ada kat rumah masa tuh.masa tuh jugak la kakak sulung aku tanya soalan yang buat aku hilang salur pernafasan,jantung berubah paksi,hempedu hanyut di telan bumi,serta putus semua usus usus aku.soalan die :-
1- adik,kau mintak mama seminggu RM150 buat mende?
: cop..cop..bila pulak aku mintak duit kat mama sampai mcm tuh setiap minggu..aku guna duit ptptn aku je tahu.untuk belanja aku,untuk makan,untuk beli buku,untuk beli barang buat event.salah ye aku beli baju untuk aku sendiri.bukan untuk orang lain.
2-kenapa kau guna sampai dua phone?
: salah ke?dua2 phone tuh aku beli guna duit aku sendiri..BELI GUNA DUIT AKU SENDIRI..itu pun nak masuk mahkamah keluarga?hal topup pun aku tak pernah mintak dekat mama n abah la..
YANG NI SAYA NAK TERANGKAN DEKAT AWOK YER..

1-DUIT PTPTN TUH, DUIT SAYA. SAYA YANG USAHAKAN SENDIRI.
: hal ptptn saya ada ke orang lain buat? kalau hal duit negeri sembilan tuh ada la.tapi ptptn tuh SAYA, ZURIATI BAHARUDIN yg buat sendiri..beli setem hasil,carik kertas yang dia nak dengan berat bagai..tetiba awok nak kata yang awok pon ada terlibat..ape kehe nye awok ni..
kalau awok tak puas hati bebenar dengan teman ni, cakap depan depan tak buleh yer? kenapa kena fitnah teman ni sebaik mungkin dulu?apa yang tak puas hati nya ? dari aku kecik lagi kan kau tak puas hati dengan aku? kan? sampai aku ada apa semua kau nak kecoh dekat orang..depan aku kau baik jer kan, belakang aku kau tikam teruk2 kan..kenapa buat aku macam ni?apa yang kau nak selama ni? kau tak suka aku sebab aku bodoh?memalukan kau?next time kau takpayah mengaku kat orang lain yang aku ni adik kau.kau cakap je jiran sebelah rumah.mudah kan?lepas ni apa lagi yang kau nak buruk burukkan aku? apa lagi..salah aku sebab aku sayang kau.hargai kau.bangga ada kakak yang sempoi mcm kau.memang aku banyak terhutang budi dekat kau.aku janji, aku balas balik budi kau tuh.

Friday 6 April 2012

LAGI ..

assalamualaikum dan salam sejahtera untuk stalker2 dan followers aku..
5 APRIL 2012 : si comel aku datang rumah aku pada jam 9.35 malam untuk melepaskan rindu yang berbakul ni.tapi kejap je..pukul 10.30 dia dah balik sebab dah lewat malam. tak manis untuk dilihat kan. penyudahnya rindu yang berbakul bakul tuh mampu dilepaskan dalam kuantiti yang sedikit je lah.sumpah , TAK PUAS!
6 APRIL 2012: aku mencipta satu alasan yang agak bagus untuk berjumpa dan melepaskan kerinduan yang berbakul bakul tuh lagi..aku ajak dia pergi balik hostel aku dekat melaka untuk ambik barang aku yang tertinggal dekat sana. tapi sebenarnya aku boleh je pergi ambik dengan kakak ipar aku. :)
tapi disebabkan nak dating dengan dia tuh yang aku cipta alasan tuh. dan untuk pertama kalinya aku perkenalkan dia dengan parents aku. walaupun kitorang keluar tak pergi mana pun, tapi aku cukup selesa bila dia ada dekat sebelah aku. walaupun dia hanya pegang tangan aku bila nak melintas. tapi aku selesa dengan dia.aku tak kisah apa masa silam dia, sebab kali ni aku betul betul sayang dia. kesempurnaan itu bukan lah pelengkap untuk kehidupan kita. walaupun hanya 3 jam je aku keluar dengan dia, aku seronok tengok dia. sayang makin bertambah. rindu makin memuncak. cinta kian mekar.
terima kasih awak..

Blog Archive