Monday 14 May 2012

tak pernah habis

assalamualaikum..
makin membesar aku, makin bertimbun benda yang aku kena hadapi sendiri.
dah takde yang support aku.
semua ada hal masing masing.
aku dah dilupakan.
takde yang mengingati aku.
kisah sedih dalam hidup aku ni tak pernah habis.
bermula,bermula, dan bermula.
takde penghujung.
tak jumpa jalan keluar.
tiada yang memahami aku.
ini kah tujuan asal aku diciptakan
nampak kan aku tak reti bersyukur kat situ.
allah dah cipta aku pun aku masih tanya benda yang mengarut ni.
kadang kadang aku rasa fungsi aku dengan laci sama je.
simpan semua fail yang ada maklumat dengan selamat.
aku diberi pelbagai input untuk disimpan dalam kepala otak aku ni.
tapi takde sebarang cara pun untuk keluarkan atau luahkan apa yang aku simpan selama ni.
aku tak nak dah simpan sorang sorang.
aku sakit pun aku tak bagi tau orang
sapa lagi yang aku boleh kongsi?
aku tak boleh cerita dekat mama lagi.
sebab mama tak sihat,.mama tak boleh fikir banyak,aku taknak mama sakit macam abah sekarang.
aku tak boleh nak cakap dekat mama yang aku tak nak belajar dekat situ lagi.
aku takboleh tanya mama kenapa aku tak pandai macam orang lain.
aku tak boleh bising dekat mama lagi sebab aku taktahu nak belajar kira kira tuh.
aku nak nangis dekat sapa lagi lepas nih.
aku tak boleh ngadu dekat mama kalau aku kena buli dekat adik beradik lagi.
aku takboleh buat semua tuh lagi dekat mama.
aku tak boleh buat mama susah hati.
aku kena simpan sorang sorang benda ni sampai aku mati.
aku tak nak jadi orang yang tak berguna dekat sapa sapa.
aku dah cuba tapi tak pernah berjaya.
aku tak pernah berjaya dengan apa yang aku rancang.
aku menyusahkan!

No comments:

Blog Archive